fbpx

Bekas eksekutif kanan direman rasuah RM16,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang bekas eksekutif kanan syarikat telekomunikasi direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menerima suapan hampir RM16,000 pada tahun 2018 hingga 2019.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Terdahulu, suspek lelaki berusia 34 tahun yang memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 10.30 pagi dengan diiringi oleh pegawai SPRM.

Menurut sumber, suspek ditahan pukul 12.15 tengah hari selepas hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Selangor di sini.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki telah menerima sejumlah wang hampir RM16,000 daripada sebuah syarikat vendor membekalkan perkhidmatan dan peralatan telekomunikasi.

“Wang rasuah tersebut disalurkan kepada syarikat dia sedang berkhidmat menerusi syarikat dimiliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim menegaskan kes akan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI