fbpx

Australia bakal beri vaksin Covid-19 percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Scott Morrison. - AFP

CANBERRA – Kerajaan Australia bakal mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 yang telah dijanjikan dan akan memberikannya kepada rakyat negara itu secara percuma.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, kerajaan telah mencapai persetujuan dengan syarikat farmaseutikal Sweden-Britain, AstraZeneca untuk menerima vaksin virus itu yang dibangunkan bersama Universiti Oxford.

“Vaksin yang dibangunkan oleh Universiti Oxford adalah antara yang paling ke hadapan di dunia dan di bawah perjanjian ini, kita merupakan negara terawal mendapatkannya.

“Jika ia terbukti berkesan, kita akan menghasilkan dan membekalkannya secara percuma kepada 25 juta rakyat Australia,” katanya.

Vaksin yang dihasilkan oleh Universiti Oxford adalah salah satu daripada lima vaksin yang telah menjalani ujian keberkesanan fasa tiga dan para penyelidik berharap akan mendapat hasil uji kaji tersebut akhir tahun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI