fbpx

TLDM pandang serius isu kebocoran maklumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TLDM

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memandang serius isu kebocoran maklumat di ‘Dark Web’ seperti yang dilaporkan oleh The Straits Times Singapura dalam aktikel bertajuk “Malaysian navy papers put up on Dark Web” hari ini.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil maklum berkenaan dokumen-dokumen yang didakwa berlaku ketirisan di laman Dark Web itu dan mendakwa dokumen-dokumen yang dimaksudkan itu sudah lapuk.

“Setelah dikenalpasti, dokumen-dokumen yang dimaksudkan itu adalah ‘obsolete’ (lapuk) dan tidak melibatkan dokumen berdarjah yang boleh menjejaskan kesiagaan dan operasi TLDM.

“Walaubagaimanapun, TLDM tetap menyiasat punca dan sumber ketirisan maklumat tersebut berlaku,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) TLDM dalam keadaan utuh di bawah pemantauan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC), Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM).

“TLDM memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat,” tegas kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI