fbpx

Setiausaha PAFA bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik di dalam Facebook Perak TBG mengenai pertukaran Setiausaha Kehormat PAFA itu disahkan oleh Adly Shah.

Oleh AZIZAN HASHIM

IPOH – Gembar-gembur mengenai perletakan jawatan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Mohd. Azlin Mohd Nadzri akhirnya menjadi kenyataan.

Ini berikutan langkah PAFA memperkenalkan orang baharu untuk menjawat jawatan itu semalam sekaligus menamatkan khabar angin yang bertiup kencang semasa kongres tahunan ke-62 persatuan itu pada 4 Ogos lalu.

Orang baharu yang dilantik itu ialah bekas penolong Setiausaha PKNP FC, Mohamed Helmi Mohamed.

Timbalan Presiden PAFA, Datuk Adly Shah Ahmad Tah ketika dihubungi mengesahkan mengenai peletakan jawatan Mohd Azlin itu.

“Tidak ada apa-apa masalah antara kami. Ini norma biasa ke arah penstrukturan pentadbiran PAFA,” katanya.

Adly berkata perubahan itu tidak menjejas usaha ke arah penswastaan Perak FA kepada FC.

“Sedikit sahaja lagi proses tersebut akan lengkap dan kemasukan Helmi akan melancarkan lagi proses kerana dia pernah berkhidmat dengan PKNP FC,” katanya.

Sementara itu, Azlin ketika dihubungi mengesahkan langkahnya meletak jawatan kerana ingin menumpukan perhatian kepada perniagaannya.

“Saya sudah menyatakan hasrat untuk berhenti beberapa kali kerana ingin memberi perhatian kepada perniagaan.

“Alhamdulillah akhirnya hasrat saya itu diperkenankan oleh Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal merangkap Menteri Besar Perak,” ujarnya.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI