fbpx

Rakyat rugi RM100 juta akibat scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR- Rakyat Malaysia kerugian sehingga RM103,800,000 akibat ditipu sindiket penipuan dalam talian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Daripada jumlah itu, kes Macau scam mencatatkan jumlah kerugian paling tinggi dengan RM50 juta.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, lima jenis penipuan yang dijalankan sindiket termasuk pinjaman yang tidak wujud, e-dagang, Macau scam, love scam dan penipuan sistem pesanan ringkas (sms).

“Kes penipuan e-dagang mencatatkan jumlah paling tinggi dicatatkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), iaitu sebanyak 2,500 kes dengan kerugian sebanyak RM17 juta.

“Penipuan dalam talian kedua tertinggi ialah pinjaman tidak wujud dengan 1582 kes dengan jumlah kerugian RM18 juta,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (BN – Baling) di sesi Dewan Rakyat pagi tadi.

Jelasnya, sebanyak 1001 kes Macau scam melibatkan RM50 direkodkan manakala love scam merekodkan 481 kes melibatkan RM18 juta kerugian.

Kes penipuan sms merekodkan 91 kes dengan jumlah kerugian RM800,000.

Ujarnya, jenayah penipuan e-dagang itu melibatkan pembelian pelitup muka secara online.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadapi kekangan dalam membanteras jenayah tersebut kerana melibatkan identiti pemanggil yang tidak dikenal pasti, dan menggunakan akaun telefon orang lain.

“Mereka juga beroperasi di luar negara yang memerlukan kita bekerjasama negara-negara itu serta Interpol,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI