fbpx

Padah tampar pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dikatakan berang apabila tayar keretanya dikunci oleh mangsa selepas ia diletakkan di kawasan yang tidak dibenarkan.

KAJANG – Polis menahan seorang lelaki kerana mencederakan seorang pengawal keselamatan termasuk melakukan ugutan terhadap mangsa serta majikannya dalam satu kejadian di sebuah kawasan perumahan di Batu 9, Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa yang mendakwa telah ditampar oleh suspek susulan satu pertengkaran melibatkan kesalahan parkir.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang sewaktu mangsa sedang mengunci tayar kereta suspek selepas ia diletakkan di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Suspek kemudiannya datang menghampiri mangsa dan terus memaki hamun dengan kata-kata kesat termasuk menampar muka pengawal keselamatan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, suspek turut mengugut mahu mencederakan mangsa termasuk majikannya yang turut berada di lokasi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mengunci tayar kereta miliknya.

“Susulan laporan yang diterima, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah melakukan tangkapan ke atas suspek berusia 40-an yang bekerja sebagai kontraktor kira-kira pukul 1.30 pagi keesokannya.

“Suspek kini ditahan reman sehingga Rabu bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” tegas beliau.

Tambah Mohd. Zaid, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI