fbpx

Soal zuriat Nelydia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NELYDIA SENROSE

LEBIH setahun melayari bahtera perkahwinan dengan suami, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid, pelakon jelita Nelydia Senrose atau nama lengkapnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen tidak berasa tertekan apabila sering diajukan soalan berhubung zuriat.

Sebaliknya, dia mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar diperkenankan impian untuk bergelar seorang ibu.

Dalam pada itu, Nelydia yang baru sahaja dilantik sebagai duta produk Havaianas memberitahu, buat masa sekarang, dia sibuk dengan penggambaran drama untuk slot Akasia TV3 berjudul Cinta Sekali Lagi di samping aktor Saharul Ridzwan.

KOSMO! AHAD: Apa perkembangan seni terbaharu anda sekarang?
NELYDIA SENROSE: Buat masa sekarang, saya sibuk dengan penggambaran drama untuk slot Akasia berjudul Cinta Sekali Lagi. Dalam drama ini, saya berlakon dengan beberapa pelakon lain seperti Saharul Ridzwan Hannah Delisha.

Bagaimana bekerja di set penggambaran pada musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)? Adakah semua masih patuh dengan prosedur operasi standard (SOP)?
Alhamdulillah bagi saya tiada yang membebankan. Setiap hari, sebelum masuk set penggambaran hari-hari kami ambil suhu badan dan pastikan diri dilindungi dengan cecair pembasmi kuman. Dalam set pun tidak ramai orang, kurang daripada 20 orang. Mungkin kedengaran sedikit paranoid dengan SOP, namun ini adalah untuk kebaikan bersama memandangkan pandemik Covid-19 masih belum reda sepenuhnya.

 

SELAIN baru dilantik sebagai Havaianas, Nelydia kini sibuk dengan penggambaran drama untuk slot Akasia TV3 berjudul Cinta Sekali Lagi di samping aktor Saharul Ridzwan.

 

Baiklah, bagaimana dengan kehidupan peribadi anda sekarang?
Baik-baik sahaja. Buat masa sekarang, kehidupan kembali normal tidak seperti awal-awal pandemik Covid-19. Kami sudah mula sibuk dengan kerja selepas beberapa bulan tergendala disebabkan virus tersebut.

Bagaimana pula perancangan untuk menimang cahaya mata? Maklumlah, sudah lebih setahun berumahtangga, pasti ramai yang bertanya soalan sebegitu?
Kalau ada rezeki, saya memang sudah bersedia dan teringin untuk menjadi seorang ibu, cuma buat masa sekarang, belum ada rezeki. Soal anak, maut ajal semua itu ketentuan Ilahi.
Saya akur dan reda. Mohon semua orang doa yang baik-baik agar usaha saya untuk menimang anak dipermudahkan, moga saya murah rezeki. Insya-Allah.

Tidakkah anda berasa tertekan sering diajukan soalan berkenaan zuriat?
Tidak langsung. Lagi pun saya dan suami baru berkahwin sekitar setahun. Saya faham orang selalu tanya sebab mereka prihatin dengan keadaan kita. Kalau saya hamil nanti dan kandungan sudah kuat, pasti saya akan kongsi dengan orang ramai. Cuma buat masa sekarang, belum ada rezeki lagi.

NELYDIA bersama suami, Mohd. Hafez Halimi Abdul Hamid yang dinikahinya lebih setahun lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI