fbpx

Kian Meng-Pei Jing juara beregu campuran Jemputan BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIAN MENG (kanan) dan Pei Jing (kiri) menunjukkan pingat emas dimenangi pada Kejohanan Jemputan BAM di Akademi BAM, Bukit kiara hari ini. - FB BAM

KUALA LUMPUR – Gandingan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya mempamerkan kebangkitan dalam set kedua untuk menjuarai acara beregu campuran Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kian Meng-Pei Jing mencatat kemenangan 21-10, 22-20 ke atas pasangan Chang Peng Soon dan Goh Liu Ying pada aksi final di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

“Menang atau kalah bukan perkara utama kerana kami mahu turun dan memberikan prestasi sebaik mungkin walaupun kami ketinggalan pada set kedua hari ini,” kata Pei Jing.

Dalam pada itu, gelaran juara bagi beregu lelaki kejohanan itu menjadi milik Aaron Chin-Soh Wooi Yik apabila berjaya menewaskan Ong Yew Sin-Teo Ee Yii dengan keputusan straight set 21-14, 21-18.

“Kami berpuas hati dengan persembahan hari ini kerana banyak dapat belajar daripada kesilapan dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini,” jelas Wooi Yik.

Kemenangan itu secara tidak langsung menebus kekecewaan Aaron Chia-Wooi Yik selepas tewas 18-21, 13-21 kepada Yew Sin-Ee Yii sewaktu aksi terakhir peringkat liga sepusingan Kumpulan A kelmarin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI