fbpx

Bahang Bay Hotel sasar pendapatan RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

BALIK PULAU – Beroperasi ketika industri pelancongan sedang dilanda krisis akibat pandemik Covid-19 bukan sesuatu yang mudah buat pengurusan sesebuah hotel yang baharu dibuka.

Bahang Bay Hotel, Teluk Bahang di sini yang merupakan hotel patuh syariah pertama di Pulau Pinang dimiliki Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan diuruskan oleh The Blanket Hotel Sdn. Bhd. itu mula dibuka kepada orang awam pada 18 Julai lalu.

Pengurus Besar Bahang Bay Hotel, Ieja Hindun Salleh berkata, pihaknya optimis terhadap hotel bertaraf empat bintang itu mampu bertahan dalam suasana mencabar ini menerusi strategi pemasaran yang menyasarkan kepada pelancong domestik.

“Pasaran kita sekarang tertumpu pada pelancong domestik di mana kita menyasarkan antara Julai hingga September jumlah pendapatan yang kita dapat capai ialah sekitar RM1 juta dimana dalam sebulan kita sasar untuk capai pendapatan kira-kira RM300,000.

“Bagi suku keempat iaitu Oktober hingga Disember pula, kita sasarkan jumlah pendapatan sekitar RM2 juta,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Ieja pandemik Covid-19 tidak dinafikan memang memberi kesan kepada industri pelancongan namun Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara telah membantu menghidupkan semula industri berkenaan.

“Pakej-pakej ini secara timbal balik telah menjana semula ekonomi negara kita.

“Apabila rakyat mula berbelanja dengan melancong di dalam negeri secara tidak langsung industri pelancongan mampu hidup semula,” katanya.

Tambah beliau, Bahang Bay Hotel juga menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pelancong terutama dari Kuala Lumpur walaupun baharu sahaja dibuka.

“Antara strategi yang dijalankan ialah menawarkan promosi harga bilik pada kadar menarik.

“Bermula 18 Julai hingga 31 September ini harga yang ditawarkan RM151 beserta sarapan pagi berbanding harga asal iaitu RM480 untuk bilik deluxe seaview dan deluxe hillview,” katanya.

Tambah beliau, strategi lain untuk mengukuhkan jenama Bahang Bay Hotel adalah dengan menawarkan menu makanan yang lazat bersesuaian dengan selera pengunjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI