fbpx

Mutasi Covid-19 dikesan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

 

KUALA LUMPUR- Satu mutasi jenis D614G dikesan daripada ujian pengasingan dan kultur virus Covid-19 untuk tiga kes daripada kluster PUI Sivagangga (kontak rapat kepada kes indeks) dan satu kes daripada kluster Ulu Tiram iaitu individu daripada Filipina.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mutasi itu dikesan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

“Setakat ini kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil pelbagai tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas di lapangan.

“Ujian ini adalah ujian awal dan terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes yang lain, termasuk bagi kes indeks bagi kedua-dua kluster ini,” katanya menerusi laman Facebooknya.

Katanya, mutasi ini 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader’.

Justeru masyarakat perlu berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus Covid-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti dikesan di Malaysia.

“Mutasi D614G ini ditemui oleh saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.

“Oleh itu, tindakan utama kita adalah masih dengan kaedah menggunakan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam iaitu berdisiplin dalam mengamalkan sepenuhnya SOP yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, situasi terkini Covid-19 didapati masih terkawal dan KKM serta agensi-agensi lain masih berusaha membendung penularan COVID-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI