NEW SOUTH WALES, Australia – Sekumpulan pengkaji dari Universiti New South Wales mendedahkan bahawa melukis sepasang mata pada punggung lembu boleh membantu melindunginya daripada menjadi sasaran binatang buas.
Menurut akhbar Daily Mail, kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal saintifik, Nature. Menurutnya, kaedah itu adalah cara paling murah dan efektif dalam mengurangkan bilangan haiwan ternakan di kawasan pedalaman daripada dibaham harimau dan singa.
“Kajian yang dilakukan di Delta Okavango, Botswana ini mendapati kumpulan lembu yang dilukis mata tidak dibaham singa atau harimau bintang.
“Sebaliknya, sebanyak 15 ekor lembu tidak bertanda dan empat ekor yang dilukis tanda palang diserang singa dan harimau bintang semasa kajian ini dilakukan.
“Ia menunjukkan bahawa lukisan mata berkesan dalam melindungi lembu ternakan daripada haiwan pemangsa,” kata pengkaji tersebut.
Sementara itu, Pengarah Pusat Perlindungan Haiwan Pemangsa Botswana, Dr. J. Weldon McNutt berkata, kaedah murah itu mampu mengurangkan beban kos kewujudan bersama antara penternak dan dan haiwan liar.
“Konflik antara penternak dan binatang buas boleh menjadi tegang di sepanjang kawasan hidupan liar yang dilindungi, manakala komunitinya terpaksa menanggung kos tinggi untuk hidup bersama binatang buas,” katanya. – Agensi