fbpx
Sebahagian peket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis heroin dirampas daripada seorang lelaki di Kawasan Industri Waja di kulim semalam

Lelaki dikehendaki polis ditahan bersama dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Seorang lelaki yang merupakan orang dikehendaki polis ditahan bersama dadah jenis heroin bernilai RM1,775 di Kawasan Industri Waja di sini semalam.

Lelaki berusia 29 tahun yang disyaki pengedar dadah itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan ladang kelapa sawit di situ kira-kira pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim memberitahu, sepasukan polis dari Balai Polis Kulim Hi-Tech yang melakukan rondaan cegah jenayah menahan suspek sebelum pemeriksaan dilakukan.

“Hasil pemeriksaan menemui pelbagai saiz peket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis heroin di dalam poket seluar lelaki terbabit.

“Berat dadah yang dirampas dianggarkan seberat 35.5 gram bernilai RM1,775,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut mendapati suspek merupakan orang yang dikehendaki bagi satu kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Sungai Karangan di sini pada tahun 2017.

“Suspek yang bekerja sendiri itu juga mempunyai tujuh kes jenayah lampau,” ujarnya.

Tambahnya, suspek disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini sejak enam bulan lalu.

“Dia direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI