fbpx

Peras ugut sebar video wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua individu kerana selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerasan dan penyebaran gambar lucah seorang wanita.

Kedua-dua individu yang terdiri daripada seorang lelaki berusia 27 dan wanita berusia 30 tahun ditahan kira-kira pukul 8.50 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pada 9 Ogos lalu, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 22 tahun berkaitan satu ugutan jenayah.

Menurut beliau, mangsa telah menerima satu pesanan melalui aplikasi Whatsapp yang tidak dikenali meminta mangsa memindahkan wang sebanyak RM10,000 bagi mengelakkan video aksi bogelnya tersebar.

“Siasatan awal mendapati, mangsa sebelum ini pernah membuat panggilan video melalui aplikasi WeChat dengan seorang wanita yang dikenalinya melalui aplikasi ‘Tam Tam’.

“Semasa panggilan video itu dibuat, mangsa mengaku ada membuat aksi lucah,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bertindak atas aduan mangsa, Nik Ezanee memberitahu, pihaknya berjaya menahan kedua-dua suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Jelas beliau, kedua-dua suspek kini ditahan reman selam tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI