fbpx

Anak gajah Afrika diberi nama ‘Zoom’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zoom yang baru dilahirkan dilihat bersama ibunya di taman Africam Safari. - AFP

BANDAR RAYA MEXICO – Kelahiran seekor anak gajah Afrika yang disiarkan secara langsung dari sebuah taman safari di Puebla, Mexico telah diberi nama Zoom sempena aplikasi sembang video popular ketika pandemik Covid-19 semalam.

Menurut pengarah Africam Safari, Frank Carlos Camacho, Zoom merupakan anak gajah keenam yang dilahirkan di taman safari tersebut.

“Kelahiran gajah sukar untuk dilihat dan siaran langsung video ini sangat berguna untuk kajian sains seperti mengukur masa, isi padu cecair serta beberapa perkara lain,” katanya.

Katanya lagi, pihak taman safari berhasrat supaya anak gajah itu bersama ibunya dikembalikan semula ke Afrika.

“Mereka (gajah Afrika) bukan untuk kita, tetapi milik semua orang di dunia.

“Namun situasi pandemik Covid-19 yang melanda menyukarkan hasrat tersebut lebih-lebih lagi selepas industri pelancongan turut terjejas,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI