fbpx

Video pergaduhan tular, lima pelajar sekolah menengah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Klip video menunjukkan sekumpulan pelajar bergaduh di hadapan sebuah sekolah di Ranau, Sabah.

Oleh IVAN AMIRUL

RANAU – Polis menahan seramai lima orang pelajar di sebuah sekolah menengah daerah ini video pergaduhan tular di laman sosial Facebook sejak semalam.

Pergaduhan membabit semua remaja berusia 16 tahun terbabit dipercayai berpunca daripada tindakan mengejek antara satu sama lain.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, kita sudah mengambil tindakan berkaitan kes pergaduhan berkenaan selepas menerima laporan daripada seorang pelajar lelaki sekitar pukul 10.40 malam semalam.

Sammy berkata, pergaduhan terbabit berlaku di perhentian bas yang terletak di luar sekolah selepas tamat sesi persekolahan.

“Semua pelajar termasuk seorang pelajar perempuan dipercayai yang merakam pergaduhan berkenaan ditahan untuk siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis meminta orang awam menghentikan penyebaran video terbabit,” katanya.

Terdahulu, klip video berdurasi 15 saat dipercayai dirakam oleh seorang pelajar perempuan memperlihatkan beberapa pelajar lelaki berpakaian seragam sekolah menengah menyaksikan pergaduhan sebelum turut serta memukul seorang pelajar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI