fbpx

Mayat bayi lelaki dibuang tempat sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa lokasi penemuan mayat bayi lelaki di tempat pembuangan sampah berhampiran Taipan, Inanam. -Foto Ihsan IPD Kota Kinabalu

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Penduduk sekitar Taipan, Inanam gempar dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki di tempat pembuangan sampah tengah malam hati ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, mayat bayi masih bertali pusat serta cukup sifat berkenaan dipercayai ditemui oleh seorang peniaga sewaktu ingin membuang sampah di kawasan terbabit.

Peniaga, Hassanudin Sabang, 28, berkata, dia melihat satu bungkusan berisi seperti patung bayi namun apabila menghampiri bungkusan itu, dirinya terkejut melihat ia adalah mayat seorang bayi.

“Saya mendekati bungkusan itu kerana berasa musykil sebelum mengangkatnya dan melihat tubuh bayi yang masih bertali pusat.

“Saya ingat objek dilihat adalah anak patung namun rupanya bayi dan kemudiannya meminta pertolongan daripada beberapa orang awam yang kebetulan berada di kawasan itu selain menghubungi pihak polis bagi meminta bantuan segera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Habibi berkata, hasil pemeriksaan mendapati bayi itu lelaki yang cukup sifat serta bertali pusat dengan berat kira-kira 4 kilogram.

Menurutnya, mayat bayi malang terbabit dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat

Sementara itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menyalurkan maklumat bagi tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI