fbpx

Anak lembu empat mata, dua mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di sebuah perkampungan di sini berasa tergamam mengetahui kelahiran seekor anak lembu mutan dua kepala, lapor portal berita Daily Mail kelmarin.

Anak lembu betina itu lahir di sebuah kandang di kawasan perkampungan Pondok Wuluh di Jawa Timur pada Ahad lalu. Beberapa penduduk beranggapan haiwan ternakan itu membawa tuah kepada pemiliknya.

Menurut laporan, anak lembu itu mempunyai dua kepala dengan dua mulut beserta empat biji mata tetapi berkongsi satu badan sama. Haiwan ternakan itu dilaporkan sihat dan diberi minum susu menggunakan botol.

Anak saudara pemilik lembu, Hariyanto Yanto berkata, mereka cuba meningkatkan tahap kesihatan anak lembu itu dengan memberinya makan sejenis vitamin khas untuk haiwan ternakan.

“Kami bimbang juga sekiranya anak lembu ini tidak mampu hidup lama disebabkan keadaannya. Jadi kami memberinya susu dan makanan tambahan untuk memastikan ia sihat,” kata Hariyanto.

Sehingga kini, anak lembu unik itu masih tidak berupaya untuk berdiri sendiri. Pegawai di Jabatan Penternakan Haiwan memaklumkan bahawa anak lembu lazimnya mengambil masa antara tiga hingga lima hari untuk berdiri sendiri.

Kelahiran anak lembu itu menarik perhatian Ketua Pejabat Perkhidmatan Ternakan dan Kesihatan wilayah, Yahyadi yang meluangkan masa untuk melihat anak lembu tersebut.

“Anak lembu ini sangat unik kerana mempunyai dua kepala yang bercantum dengan satu badan. Kita tidak tahu berapa lama anak lembu ini mampu hidup,” katanya.
Beliau mengarahkan beberapa pegawai veterinar untuk memantau perkembangan semasa anak lembu itu selain menjalankan kajian ke atasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN