fbpx

3 maut kemalangan kereta dan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan maut di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh di Lipis Pahang petang tadi.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

LIPIS – Tiga mangsa maut dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, dalam kejadian pada pukul 6.17 petang itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Setakat ini identiti mangsa masih belum diperoleh dan maklumat penuh akan menyusul,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN