fbpx

Ustaz didakwa aniaya murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nursalam (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini atas lima pertuduhan merogol dan meliwat anak muridnya yang berusia 14 tahun pada Julai dan awal bulan ini. Foto- ZULHANIFA SIDEK

PASIR MAS – Seorang ustaz Bahasa Arab di sebuah sekolah menengah agama didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan merogol dan meliwat anak muridnya yang berusia 14 tahun pada Julai dan awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Nursalam Hazeman, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Rosly Mohamed Nawi.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan itu di sebuah rumah di Tumpat kira-kira pukul 2.30 petang pada 3, 10, 17 dan 24 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii di lokasi sama kira-kira pukul 3 petang pada 1 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang juga membawa hukuman penjara selama 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan tarikh 13 September depan untuk sebutan semula kes. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI