fbpx

Pesakit hospital swasta di Pulau Pinang positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seorang pesakit yang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini kerana mengalami jangkitan luka pada kaki sejak minggu lalu disahkan positif Covid-19 hari ini.

Hospital Adventist Pulau Pinang (PAH) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pesakit wanita warga tempatan berusia 56 tahun itu disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Pesakit dimasukkan ke PAH pada 7 Ogos lalu (Jumaat) kerana jangkitan luka pada kaki dan tidak menunjukkan sebarang gejala semasa masuk hospital.

“Aktiviti pengesanan secara aktif Jabatan Kesihatan Kedah telah mengenal pasti pesakit tersebut sebagai kontak rapat dan telah dimaklumkan kepada pihak hospital pada pukul 7.30 petang semalam,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut menambah, pesakit berkenaan telah segera dipindahkan ke HPP untuk saringan Covid-19 sebelum dia disahkan positif.

Menurut kenyataan itu, pihaknya telah melakukan pembersihan dan pembasmian kuman secara teliti di seluruh kawasan hospital.

“Pihak PAH telah mengambil tindakan segera dan tegas mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan.

“Anggota kesihatan dan kakitangan hospital serta individu yang pernah kontak rapat dengan pesakit tersebut telah dikesan dan dihubungi dengan serta merta.

“Langkah-langkah kawalan jangkitan dilaksanakan mengikut garis panduan untuk menjamin keselamatan kakitangan, doktor, pesakit dan pengunjung,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI