fbpx

Liga M bermula 26 Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) kekal bermula pada 26 Ogos 2020 ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan diambil setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan dan pihak penganjur perlu memastikan semua garis panduan yang ditetapkan dipatuhi.

Bagaimanapun kata Ismail Sabri, semua perlawanan akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

“Sebelum ini, ramai yang keliru sama ada Liga Malaysia diteruskan atau tidak. Kita telah putuskan ia kekal (berlangsuung) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetapkan ia akan bermula 26 Ogos.

“Bagaimanapun, kita benarkan perlawanan itu dilangsungkan tanpa kehadiran penonton. Jika ada sebarang perubahan kita akan maklumkan,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI