fbpx

ATM terima permohonan maaf Asri Janggut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Asri Hamid

KUALA LUMPUR- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima permohonan maaf daripada pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid susulan kenyataan kontroversinya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai keterlaluan dan mengguris hati warga ATM terutama mereka yang muslim.

“Namun, sebagai seorang manusia biasa, sememangnya kita tidak terkecuali melakukan kesilapan.

“Oleh yang sedemikian, ATM mengambil pendekatan menerima permohonan maaf individu berkenaan yang disiarkan juga di media sosial PPIM pada 12 Ogos lalu,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Justeru, pihaknya berharap agar perkara seumpama itu tidak akan berulang dan menyeru masyarakat untuk tidak membangkitkan lagi perkara ini di khalayak umum bagi menjaga keharmonian semua.

Mohd. Asri yang lebih dikenali sebagai Asri Janggut memberikan gambaran negatif terhadap ATM dalam sebuah video yang tular dalam platform media sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) apabila menyatakan anggota ATM dan Polis tidak menjaga solat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI