fbpx

[VIDEO] UiTM rangkul empat anugerah koir virtual di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paparan video pasukan UiTM Chamber Choir (UCC) yang memenangi Pertandingan Koir Virtual Antarabangsa di Jepun, menerusi lagu Ewa Bule kelmarin.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Pasukan koir Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencipta sejarah tersendiri apabila merangkul empat anugerah dalam Pertandingan Koir Virtual Antarabangsa di Jepun, kelmarin.

Pertandingan bermula sejak hujung bulan lalu itu julung kali diadakan menerusi alam maya
dengan disertai 100 peserta lain dari seluruh dunia.

Lebih manis, pasukan UiTM Chamber Choir (UCC) yang kali pertama menyertainya memenangi empat kategori utama iaitu Johan bagi Anugerah Pilihan Penonton dan Naib Johan Anugerah Hiburan, Muzikal dan Khas Juri.

Dekan Fakulti Muzik UiTM, Prof Madya Dr. Tazul Izan Tajuddin berkata, pencapaian itu dianggap kerjasama terbaik antara penuntut dan pengajar dalam menampilkan kemahiran masing-masing di peringkat global.

“UCC UiTM yang dianggotai 26 penuntut Fakulti Muzik telah mempertaruhkan lagu tradisional Kelantan bertajuk ‘Ewa Bule’ dengan memperagakan pakaian dan tarian tradisi dari pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.

“Mereka mengubah semula susunan lagu yang pada asalnya dikir barat itu kepada versi koir dan teryata menarik minat para juri di Jepun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar beliau, semua idea kreatif dan suntingan dilakukan sendiri ahli UCC dengan bimbingan Pensyarah Kanan fakulti itu, Prof Madya Dr Masashi Kishimoto.

“Semua ahli koir memberi kerjasama terbaik untuk menghasilkan keseluruhan video termasuk perbincangan, latihan, perancangan dan koreografi secara dalam talian.

“Penilaian pertandingan itu berdasarkan kualiti suara, kandungan dan teknik suntingan yang bermutu tinggi serta kreatif,” katanya.

Selain pengundi dalam talian, pertandingan anjuran kumpulan pencinta Koir di Jepun itu diadili menerusi tiga panel juri iaitu Presiden Kolej Muzik Osaka, Prof Hideki Motoyama dan dua komposer, Kentaro Sato serta Masaya Ishiwaka.

Semua anugerah itu diumumkan penganjur dalam satu majlis penutupan secara maya, kelmarin.

Pertandingan itu turut julung kali diadakan dalam norma baharu ketika pandemik Covid-19 yang masih melanda dunia. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI