fbpx

Sekali potong dalam tempoh setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pembayaran caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada 42,000 nelayan di seluruh negara adalah menerusi pemotongan sebanyak RM157.20 secara tahunan di dalam Sistem Program Insentif Nelayan (FIP).

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan berkata, pemotongan itu akan dilaksanakan secara
berperingkat mengikut kelayakan pencarum yang menerima bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan (ESH).

Katanya, untuk peringkat permulaan, pemotongan akan membabitkan 3,879 nelayan zon A (pemilik dan awak-awak) serta nelayan zon B,C dan C2 (awak-awak) dengan jumlah caruman sebanyak RM157.20.

“Ini dibuat mulai 15 Ogos untuk sekali potongan dalam tempoh setahun.

“Selanjutnya, pada bulan berikutnya untuk lain-lain nelayan yang menerima ESH,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan, sekumpulan 2,000 nelayan di Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan meminta kerajaan memeberikan penerangan lanjut mengenai caruman Perkeso yang akan dilaksanakan Sabtu ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN