KUALA LUMPUR – PRG Holdings Bhd. (PRG) mengumumkan kerjasama dengan Maybank Islamic untuk menawarkan pembiayaan HouzKEY bagi pembelian kediaman di Embayu @ Damansara West.
Menerusi kerjasama tersebut, bakal pembeli Embayu hanya perlu membayar deposit selama tiga bulan yang boleh dikembalikan tanpa sebarang bayaran lain sehingga hartanah tersebut siap dibina.
Pembiayaan 100 peratus yang disediakan juga membolehkan pembeli rumah kali pertama atau kali kedua memiliki kediaman yang diingini tanpa perlu risau akan kos permulaan yang tinggi.
Pengarah Urusan Harta Tanah Maybank, Sally Lye berkata, HouzKEY diperkenalkan sebagai penyelesaian pinjaman perumahan untuk membantu mengurangkan beban pembeli dengan menyediakan pembiayaan 100 peratus dan bayaran bulanan lebih rendah pada peringkat permulaan.
“Kami percaya kerjasama dengan PRG ini akan membantu ramai rakyat Malaysia memiliki rumah idaman mereka,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan secara bersama di sini semalam.
Sementara itu, Pengarah Urusan Hartanah dan Pembinaan PRG, Datuk Alex Wee Cheng Kwan menjelaskan, pembinaan kediaman mampu milik dengan kemasan berkualiti adalah hala tuju syarikatnya menuju ke hadapan.
“Kami sedar keperluan pelanggan yang menginginkan lebih fleksibiliti serta aliran tunai yang efisien dan kerjasama ini menawarkan penyelesaian kewangan inventif bagi membantu pencari rumah mengatasi masalah mereka dan beroleh peluang untuk menjadi pemilik Embayu,” katanya.
Embayu @ Damansara West, terletak bersebelahan perbandaran Kota Damansara dan Ara Damansara merupakan kondominium bertemakan resort yang dibangunkan di kawasan seluas 2.6 hektar, terdiri daripada 650 unit kediaman pada harga bermula RM450,000.
PRG, Maybank Islamic tawar pembiayaan HouzKEY
- Oleh KOSMO!
- 12 Ogos 2020, 9:39 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

‘Dia mari dengan bumper kereta, patut lah baju raya sangkut’
16 Mac 2026, 2:12 pm

Siapa hendak ‘jumping jack’ pukul 1 pagi
13 Mac 2026, 2:11 pm

Lapan beranak tinggal sehelai sepinggang kediaman terbakar
2 Mac 2026, 1:32 pm

Setia rekod jualan RM5.11 bilion tahun lalu
27 Februari 2026, 6:42 pm

Untung LBS melonjak 45.2 peratus, kadar pembayaran dividen dinaikkan
26 Februari 2026, 11:12 am

Rumah terbakar ketika sahur, 21 penghuni hilang tempat tinggal
22 Februari 2026, 12:32 pm

Janji direalisasi, 280 unit PRR bakal dibina di Paya Rumput
15 Februari 2026, 3:11 pm

Scientex Melaka pacu pemilikan rumah golongan M40 dan B40
15 Februari 2026, 1:52 pm






