fbpx

Pekerja Malaysia hilang kerja disaran daftar MYFutureJobs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan di Singapura dinasihatkan untuk mendaftar di Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara, MYFutureJobs bagi penempatan pekerjaan semula.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, mereka boleh hadir ke mana-mana pejabat Pertubuhan Kelamatan Sosial (Perkeso) untuk membuat pendaftaran atau mendaftar secara online.

“Setelah mendaftar, pekerja tersebut akan mempunyai akses kepada pelbagai inisiatif pekerjaan yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

“Pendaftaran di Portal MyFutureJobs adalah percuma di mana perkhidmatan yang disediakan termasuk penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan Program Pasaran Buruh Aktif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saravanan berkata, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang melindungi pekerja daripada kehilangan pekerjaan tidak meliputi pekerja Malaysia yang bekerja di negara lain termasuk Singapura.

“Ini kerana kontrak pekerjaan mereka tidak diliputi oleh undang-undang Malaysia sekiranya mereka diberhentikan kerja,” katanya.

Sementara itu, Saravanan berkata, sehingga 9 Ogos, lebih 70,500 pekerja yang diberhentikan kerja di seluruh Malaysia telah mengemukakan tuntutan Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) kepada Perkeso.

“Sejak diwartakan pada tahun 2017, SIP berjaya membantu lebih daripada 130,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan sehingga hari ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI