fbpx

PDRM umum pertukaran dan kenaikan pangkat 9 pegawainya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran sembilan pegawainya berkuat kuasa 14 September depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, Ketua Cawangan Khas Johor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Ramdzan Daud mendahului senarai kenaikan apabila dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis.

Katanya, Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Aida Abdul Hamid pula lantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas Bukit Aman.

“Ketua Cawangan Khas Kelantan, Asisten Komisioner (ACP) Jalaludin Hamid pula ditukarkan  sebagai Ketua Cawangan Khas Johor dengan memangku pangkat SAC.

“Timbalan Ketua Staf Perisikan, Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), ACP Mat Zaki Md. Zain pula bakal menjawat jawatan Ketua Staf Perisikan ESSCOM, KDN dengan pangkat SAC. Selain itu, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Johor, ACP Kamal Faizul Mohd. Zain dilantik sebagai Penolong Pengarah Kolaborasi Bersepadu, Bahagian Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Asmawati, turut terlibat dalam pertukaran kali ini, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Pahang, ACP Nor Fazid Ahmad dilantik Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

“Pegawai Turus Operasi I, ESSCOM, KDN, Superintendan Wan Badrulhisham Wan Osman dilantik sebagai Timbalan Ketua Staf Perisikan ESSCOM, KDN dengan memangku pangkat ACP manakala Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mazuki Mat akan menyandang jawatan Ketua Polis Kerian,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI