fbpx

Pasaran rokok seludup jejas ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

Situasi buruk pasaran rokok seludup Malaysia telah menjejaskan agenda sosio-ekonomi negara dan memburukkan hubungannya dengan negara lain di rantau ini.

Pengarah Urusan Advokasi Jenama Runcit dan Dagangan Malaysia (RTBA Malaysia), Fazli Nordin berkata, rakyat negara ini sekali lagi telah menjadi tajuk berita antarabangsa yang mendedahkan perlakuan salah mereka.

“Saiz pasaran rokok seludup yang begitu besar kini telah membiayai dan memudah eko sistem multi nasional menjadi semakin canggih dan ia dikendalikan oleh penjenayah.

“Ini mengakibatkan masalah rokok seludup ini melimpah ke negara lain menyebabkan gangguan kepada ekonomi dan memburukkan masalah sosial yang dikaitkan dengan pasaran gelap,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam satu kenyataan yang dkkeluarkan di sini baru-baru ini.

Fazli menjelaskan, Malaysia kini memiliki kadar penembusan rokok seludup tertinggi di dunia iaitu 62 peratus daripada pasaran, yang mana  lebih daripada 12 bilion batang rokok dijual setiap tahun.

Tambah beliau, pandemik Covid-19 telah merosakkan ekonomi dunia dan perniagaan serta kehidupan terjejas dan kini berada di tahap genting dan kritikal.

“Sehubungan itu, kerajaan Malaysia perlu meningkatkan usaha membanteras pasaran gelap rokok seberapa pantas dan menyeluruh,’’ ujar beliau.

Baru-baru ini, tajuk berita antarabangsa  telah mendedahkan perkhidmatan Kastam New Zealand mendakwa  seorang rakyat Malaysia di mahkamah atas tuduhan cuba menyeludup 2.2 juta batang rokok bernilai NZ$2.72 juta (RM7.7juta). Ia adalah rampasan rokok seludup terbesar di dalam satu penghantaran oleh pihak berkuasa New Zealand.

Pada bulan Julai, kira-kira PHP700,000 (RM60,000) nilai harga rokok Malaysia yang diseludup ditemukan terbiar di Malabang, Filipina selepas pihak berkuasa cuba memintas penghantarannya.

Pada  Mac lalu pula, pelajar Malaysia berusia 22 tahun didakwa di mahkamah atas tuduhan menyeludup rokok oleh Pihak Berkuasa Sempadan Australia di Perth selepas dia didapati memiliki 30 karton rokok bernilai A$5,600 (RM15,520) yang disorok di dalam tunjang kabel data palsu.

Melihat kepada permasalahan yang semakin serius kini, RTBA telah mencadangkan beberapa penyelesaian di dalam laporannya yang bertajuk Illicit Tobacco in the Asia-Pacific Region: Causes and Solutions yang diterbitkan pada April 2020.

Laporan berkenaan menyarankan pembentukan pasukan petugas khas pelbagai agensi daripada pelbagai negara bagi menangani masalah ini daripada perspektif Kerajaan kepada Kerajaan.

Ia juga menyarankan untuk menghapuskan keuntungan penjenayah yang menyeludup rokok pasaran gelap ini menerusi pembaharuan cukai. 

“Menutup jurang harga antara rokok sah dengan rokok seludup atau tidak sah boleh menjadi langkah berkesan dan pragmatik bagi menghentikan merebaknya pasaran rokok gelap ke seluruh rantau ini,’’ jelas beliau.


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI