
KUALA LUMPUR – Jenama susu popular, Goodday Milk telah bekerjasama dengan aplikasi navigasi Waze untuk membantu pengguna mencari pusat beli-pelah dan pasar raya yang kurang sesak bagi membantu pematuhan sistem operasi standard dan penjarakan fizikal.
Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika, Santharuban T. Sundaram berkata, apabila pemandu mencari lokasi spesifik menerusi aplikasi menggunakan kata kunci seperti barangan dapur atau pasar raya, Waze akan mencadangkan premis dengan kadar trafik yang rendah.
Selain itu, apabila pemandu menggunakan laluan berhampiran dengan premis runcit yang kurang sesak, Waze akan mencadangkan kepada pemandu untuk mengunjungi premis berkenaan menggunakan pin logo Goodday Milk.
Menurutnya, kemudahan ini akan membantu pengguna menjaga keselamatan diri selain memberi keyakinan untuk melaksanakan aktiviti membeli barang keperluan termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan susu.
“Pihaknya ingin menyediakan pelanggan alat untuk memudahkan aktiviti seharian mereka dan kerjasama dengan Waze adalah tepat pada masanya dalam keadaan sekarang.
“Kita semua sedang belajar untuk beradaptasi dengan normal baharu dan hal ini memberikan cabaran tersendiri, bagaimanapun langkah pencegahan seperti ini adalah penting untuk mengerangkan risiko pendedahan kepada wabak,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Sementara itu, Pengurus Negara Waze Malaysia, Kelvin Sim menjelaskan, sebagai operator bagi komuniti pemandu terbesar di dunia, pihaknya mampu menampilkan pandangan yang unik serta berharga untuk pengguna dan juga jenama.
Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Goodday Milk bagi memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih menyenangkan kepada pemandu dan pemanduan yang paling selancar mungkin untuk mereka mengharungi perjalanan seharian,” katanya.
Goodday Milk, Waze bantu pelanggan membeli-belah
- Oleh KOSMO!
- 12 Ogos 2020, 9:25 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

186 PATI dicekup dalam Ops Kutip di Pudu
20 Jun 2026, 9:53 am

DBKL kompaun, 13 tindakan sita peniaga warga asing di Selayang
19 Jun 2026, 2:24 pm

Pengusaha cuci kereta Rohingya ditahan JPJ
19 Jun 2026, 1:32 pm

Premis e-waste haram bernilai RM3 juta digempur
16 Jun 2026, 5:26 pm

[VIDEO] ‘Kesian staf, tolong cuci najis anak anda’
14 Jun 2026, 6:12 pm

25 beg tangan mewah bernilai RM90,000 dilarikan tiga lelaki bertopeng
12 Jun 2026, 10:13 pm

Pemilik tidak tahu premis jadi ‘sekolah’ Rohingya
12 Jun 2026, 6:40 pm

‘Sekolah’ Rohingya dikosongkan selepas tular
12 Jun 2026, 1:08 pm






