fbpx

Covid-19 serang kem Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA kini dalam fasa persiapan menjelang aksi menentang Bayern dan berita serangan Covid-19 menyebabkan perancangan mereka terencat. - AFP

LISBON – Pasukan Barcelona mengesahkan salah seorang pemain remaja mereka telah dijangkiti wabak Covid-19 dan pemain tersebut tidak dibawa menyertai pasukan utama untuk aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich awal pagi esok.

“Selepas ujian dilakukan ke atas sembilan pemain muda kami, salah seorang daripada mereka sah dijangkiti wabak Covid-19.

“Beliau tidak mempunyai sebarang simptom tetapi telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah.

“Pemain terbabit juga tidak mempunyai sebarang sentuhan bersama skuad senior yang kini berada di Portugal untuk mengharungi aksi Liga Juara-Juara Eropah” kata kelab The Catalan yang enggan mendedahkan nama pemain tersebut.

Sementara itu, kapten Barcelona, Lionel Messi mendapat tonik terbaik untuk mengharungi saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas dibekalkan tilam istimewa bernilai £900 (RM4,919) yang dipercayai boleh mengelakkan dirinya terkena jangkitan pandemik Covid-19.

Tilam keluaran Tec Moon yang diberi nama Viruclean itu mempunyai kebolehan untuk membunuh hampir 99 peratus virus dan bakteria. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI