fbpx

Sembilan gerai makanan musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sembilan buah gerai di Jalan 1/76B Desa Pandan, Kuala Lumpur hangus dijilat api hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan buah gerai makanan musnah dalam satu kebakaran di Jalan 1/76B Desa Pandan di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.38 pagi sebelum sepasukan bomba dari Balai Keramat dan Pudu dikerahkan ke lokasi.

Katanya, pihak polis tiba di lokasi pada pukul 5.50 pagi dan api dipadam sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati sembilan buah gerai terbakar 100 peratus.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, sebanyak 68 buah gerai berada di kawasan berkenaan, namun api berjaya dikawal sebelum merebak ke gerai lain.

“Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI