fbpx

Mayat wanita dipercayai dibunuh ditemui di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang wanita ditemui di tepi jalan Kilometer 30, Jalan Papar - Beaufort hari ini.

Oleh IVAN AMIRUL

PAPAR – Mayat seorang wanita ditemui di tepi jalan Kilometer 30, Jalan Papar-Beaufort hari ini.

Ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi, wanita belum dikenal pasti identitinya itu dipercayai dibunuh ekoran terdapat beberapa kesan luka pada badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew AK Umpit berkata, seorang pandu lori yang kebetulan melalui jalan berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring oleh pemandu lori terbabit.

“Hasil pemeriksaan ke atas wanita berkenaan, kita mendapati ada darah dihidung mangsa selain terdapat beberapa kesan luka pada tubuh,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Batholomew berkata, siasatan juga menjumpai kesan tikaman di bahagian rusuk belakang sebelah kiri mangsa.

“Siasatan kini masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau memiliki pertalian dengan mangsa diminta tampil membantu siasatan polis.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, Asisten Superintendan Rosli Rasi,” katanya

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI