fbpx

Luqman perlu ada keluarga angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN (tiga dari kanan) perlu mempunyai keluarga angkat dalam kalangan warga Belgium bagi membantunya dari segi komunikasi dan budaya baharu di negara tersebut.

Mudahkan bintang muda itu sesuaikan diri dengan budaya baharu

PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin dikatakan akan lebih cepat menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya baharu di Belgium sekiranya dia tinggal bersama keluarga angkat dalam kalangan warganegara tempatan (Belgium).

Ia secara tidak langsung dapat membantu pertuturan harian pemain berusia 18 tahun itu bukan sahaja dari segi bahasa Inggeris tetapi juga bahasa Belanda yang digunakan majoriti penduduk di Kortrijk, Belgium.

Sumber rapat dengan Luqman berkata, ia salah satu per­kara yang sepatutnya dilakukan supaya pemain yang mengikat kontrak lima tahun dengan kelab Liga Pro Belgium milik ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan itu tidak terkapai-kapai keseorangan.

“Kalau boleh, bawa salah seorang keluarga rapat Luqman untuk ikut sekali. Jika tidak boleh, beri Luqman tinggal dengan keluarga angkat di sana, bukan bersama orang Malaysia tetapi warganegara Belgium.

“Tujuannya supaya dapat membantu dan memudahkan perkembangan serta cara penyesuaian diri Luqman di sana nanti.

“Kebiasaannya memang kelab-kelab di Eropah akan memberikan pemain-pemain muda mereka­ tinggal dengan keluarga angkat contohnya seperti David Beckham bersama Manchester United.

“Sekurang-kurangnya kalau tinggal bersama keluarga angkat dengan masyarakat di Belgium, mungkin akan ada kelebihan dari segi jarak perjalanan rumah untuk ke Kortrijk,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, penyerang Pe­rak, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi bersetuju bahawa ke­luarga angkat sememangnya banyak membantu dari segi komunikasi dan makanan harian.

Shahrel, 26, menjelaskan, di­sebabkan itu dia tidak ba­nyak bergaul dengan rakan-rakan sepasukan hal-hal berkaitan luar padang sewaktu menyertai kelab Thailand, Nakhon Ratchasima secara pinjaman pada 2018.

“Jika dahulu saya tinggal de­ngan keluarga angkat, mungkin akan banyak membantu saya di sana. Saya setuju kalau Luqman mendapat keluarga angkat, ia sangat membantu dirinya nanti,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI