fbpx

Guan Eng, isteri dihadap ke mahkamah di Butterworth hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas media menunggu di luar bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Butterworth, Seberang Perai hari ini. - Video/Foto AMIR IRSYAD OMAR

SEBERANG PERAI – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth di sini hari ini bagi berdepan pertuduhan berkaitan rasuah.

Guan Eng, 60, dijangka didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mahkamah itu kira-kira pukul 9 pagi.

Semalam, Ahli Parlimen Bagan tersebut mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan terlibat rasuah membabitkan wang RM3.3 juta menerusi syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli.

Syarikat terbabit dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702 ketika beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang di antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Pada Jumaat lalu, Setiausaha Agung DAP itu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan daripada Zarul Ahmad berupa 10 peratus daripada keuntungan yang diperolehi kelak daripada projek sama.

Sementara itu isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng juga dijangka akan didakwa di mahkamah sama hari ini mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Turut didakwa seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon yang mempunyai kaitan dengan Guan Eng. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI