fbpx

Majlis Khas Semak MA63 dimuktamadkan dalam waktu terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memuktamadkan komposisi penubuhan Majlis Khas bagi menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selepas ia dibawa ke Kabinet dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, Majlis Khas terbabit adalah forum khusus untuk membincangkan dan memantau keseluruhan MA63 bersama kerajaan Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, satu jawatankuasa bersama antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak sudah ditubuhkan untuk membincangkan isu minyak dan gas serta pemberian khas.

“Perdana Menteri sudah memberi mandat kepada Menteri Kewangan dan Menteri Kanan (Kerja Raya) bagi membincangkan isu terbabit bersama kerajaan Sarawak dan Petronas bagi mencapai penyelesaian secara komersial.

“Berdasarkan makluman yang diterima, perbincangan dengan (kerajaan) Sabah akan menyusul selepas ini,” katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS- Batang Lupar) yang meminta kerajaan menyatakan usaha untuk mewujudkan jawatankuasa khas bagi meneruskan perbincangan berhubung penyelesaian komersial dalam tuntutan hak minyak dan gas Sarawak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI