KUALA LUMPUR – Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) telah mengenal pasti hampir 190,000 akaun pembiayaan pelanggannya yang berpotensi terjejas untuk pelaksanaan bantuan kewangan bersasar, melibatkan tawaran lanjutan moratorium selama tiga bulan.
Menurutnya, bank rakyat telah mula menghubungi pemilik akaun berkenaan secara berperingkat dengan lebih 20 peratus daripada mereka telah pun dihubungi.
“Seiring dengan komitmen memacu kemajuan industri keusahawanan negara, Bank Rakyat turut menawarkan bantuan bersasar kepada individu terkesan yang bekerja sendiri atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Kami menawarkan fleksibiliti sama ada dengan membayar keuntungan sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau memanjangkan tempoh keseluruhan pembiayaan bagi mengurangkan ansuran bulanan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Bank Rakyat menjelasnkan, pelanggan boleh membuat permohonan menerusi salah satu saluran komunikasi Bank Rakyat iaitu e-mel ke [email protected], hubungi pusat panggilan di talian 1300800800 atau mengunjungi cawangan Bank yang berdekatan.
Orang ramai juga digalakkan melayari laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat di Facebook, Instagram dan Twitter untuk sebarang maklumat lanjut.
Kerajaan sebelum ini melaksanakan moratorium bagi bayaran balik pinjaman bank yang akan berakhir secara automatik pada 30 September.
Bank Rakyat kenal pasti 190,000 pelanggan
- Oleh KOSMO!
- 9 Ogos 2020, 9:11 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

33 penyokong Selangor FC disyaki buat kecoh di Drawbrigde direman
2 Februari 2026, 1:58 pm

50,000 rakyat India mati dipatuk ular
2 Februari 2026, 1:58 pm

Raih RM1.2 juta, ‘Geng Sojul’ seludup migran tumpas
2 Februari 2026, 1:55 pm

‘Tidak boleh kaitkan solekan dengan personaliti seseorang, red flag’
2 Februari 2026, 1:45 pm

Grammy: Billie Eilish menang Lagu Terbaik buat kali ketiga
2 Februari 2026, 1:35 pm

Hargai peminat, Azlan hadiahkan dua buah gitar harga RM2,000
2 Februari 2026, 1:19 pm

‘Thalita sopan sikit, jaga aurat’ – Anak Shuib ditegur netizen
2 Februari 2026, 12:48 pm

‘Carilah pasangan, sahabat saling menegur bukan sama naik kufur’
2 Februari 2026, 12:45 pm






