KUALA LUMPUR – Sejumlah 85.22 peratus daripada 5.9 juta hektar tanaman kelapa sawit di negara ini telah menerima Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga 30 Julai lalu.
MSPO dibangunkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Sirim Bhd. (Sirim) serta komuniti sawit negara dan telah dimandatorikan kepada seluruh rantaian industri sawit bermula 1 Januari lalu.
Pegawai Komunikasi Sains MPOB, Laziana Ahmad berkata, industri minyak sawit di negara ini berorientasikan eksport dengan Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport sawit kedua terbesar di dunia, masing-masing menyumbang 26 peratus dan 34 peratus daripada jumlah keseluruhan global.
“Sehubungan itu, MSPO perlu dilaksanakan di seluruh penggiat industri sawit Malaysia bagi meningkatkan kredibiliti produk sawit keluaran negara.
“Setakat Julai, 89.60 peratus daripada keseluruhan 452 kilang buah sawit telah mendapat pensijilan MSPO.
“Bagi pekebun kecil tersusun pula, seramai 231,576 orang dengan keluasan 679,07 hektar, atau 99.64 peratus telah memperoleh pensijilan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Menurut Laziana, antara cabaran yang dihadapi untuk mempersijilkan pekebun kecil persendirian ialah status pemilikan kebun yang tiada geran tanah sah.
“Kerajaan menyediakan insentif untuk membantu pekebun kecil persendirian membiayai kos yuran pensijilan, latihan berkaitan MSPO, penyediaan stor penyimpanan bahan kimia dan peralatan perlindungan diri (PPE).
“Dengan kerjasama semua pihak, sasaran pencapaian 100 peratus penanaman sawit dipersijilkan dengan MSPO pasti akan dapat direalisasikan,” katanya.

85% tanaman sawit terima MSPO
- Oleh KOSMO!
- 9 Ogos 2020, 9:32 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Abas Saari terjun tingkat 2 mahkamah diburu
22 September 2025, 6:41 pm

‘Memang tak percaya, bukan anak saya yang membuli’
22 September 2025, 6:39 pm

Siti Jamumall sah bercerai talak tiga dengan Aiman Tak Kesah
22 September 2025, 6:37 pm

Liek Hou jawab kontroversi dengan emas
22 September 2025, 6:30 pm

China siap sedia pindah 400,000 orang kerana Super Ragasa
22 September 2025, 6:18 pm

SG TVET bangunkan program latihan EV, hibrid di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
22 September 2025, 6:09 pm

[VIDEO] ‘Abang lori, silau sangat lampu belakang tu’
22 September 2025, 5:49 pm

Ingkar arahan menteri dalam negeri, 21 dewan perbandaran Perancis kibar bendera Palestin
22 September 2025, 5:47 pm