fbpx
Suspek dirakam memukul penghantar makanan di Bukit Mertajam Jumaat lalu.

Suspek pukul, maki penghantar makanan direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang memukul dan melemparkan kata-kata kesat ke atas seorang penghantar makanan di hadapan sebuah rumah di Alma, Bukit Mertajam di sini Jumaat lalu direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, suspek berusia 33 tahun itu telah ditahan di sebuah hotel di Bukit Mertajam kira-kira pukul 7.22 petang semalam selepas dia melarikan diri.

“Suspek yang merupakan pelajar sebuah kolej swasta direman selama empat hari bermula hari ini.

“Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengetahui punca suspek bertindak sedemikian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Shafee berkata, pihaknya akan merekodkan keterangan daripada mangsa dan pemilik rumah yang disewa suspek sebagai rumah tumpangan bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang pelanggan perkhidmatan penghantaran makanan yang tidak berpuas hati bertindak menghambur kata-kata kesat dan memukul seorang penghantar makanan dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Alma, Bukit Mertajam di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.05 pagi itu, mangsa pergi menghantar piza yang ditempah suspek sebelum dipukul dan dimaki hamun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN