fbpx

JPJ Selangor kutip RM247,776 bayaran saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAZLI

SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor berjaya mengutip saman bernilai RM247,776 setakat ini susulan pemberian diskaun 70 peratus mulai 1 Ogos lalu.

Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md. Taib berkata, pembayaran saman itu meliputi tiada lesen memandu termasuk lesen vokasional (GDL), kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan saman-saman lain.

“Kita berjaya merekodkan sebanyak 3,234 urusniaga pembayaran saman telah sehingga Khamis lalu.

“Orang ramai didapati mengambil peluang pemberian diskaun bagi menjelaskan saman-saman tertunggak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebelum ini mengumumkan JPJ serta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberikan diskaun saman sebanyak 70 peratus kepada orang awam mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos ini.

Mengulas lanjut, Nazli menegaskan, pihaknya sentiasa memastikan orang ramai yang hadir membayar saman atau berurusan dengan JPJ mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasaan oleh kerajaan.

“Kita menempatkan anggota mencukupi bagi memastikan penjarakan fizikal dilakukan selain mengkehendaki pemakaian pelitup muka di kalangan pelanggan kami.

“Mereka juga perlu merekodkam kehadiran melalui aplikasi MySejahtera serta pemeriksaan suhu badan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI