fbpx

Roh akhirnya masuk pawagam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pelakon yang membintangi filem Roh . - SHIDDIEQIIN ZON

Sekadar menggunakan khidmat enam orang pelakon dan berkampung di dua lokasi, filem seram Roh arahan Emir Ezwan menjanjikan sebuah karya berbeza buat peminat filem tempatan.

Dibarisi oleh Nam Ron, June Lojong, Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq dan Putri Qaseh, Roh mengisahkan misteri yang menyelubungi sebuah keluarga apabila didatangi oleh seorang tetamu tidak diundang.

Menurut Farah yang membawa watak Mak, dia bersetuju menerima tawaran filem tersebut kerana kagum dengan kemampuan pengarah yang menghasilkan plot cerita hantu tanpa sebarang unsur jump scare atau elemen kejutan sebagaimana biasa dilakukan dalam kebanyakan filem seram lain.

“Dalam filem ini, semua karakter tidak mempunyai sebarang nama khusus sebaliknya hanya menggunakan nama panggilan dalam keluarga sahaja.

“Tempoh penggambaran cuma selama 15 hari iaitu di sekitar Paya Indah Wetlands dan Tadom Hills, Selangor. Meskipun tidak mengambil masa yang lama untuk menamatkan penggambaran, hasilnya sangat memuaskan hati,” katanya lagi.

 

Menerusi Roh, Farah Ahmah berlakon dengan anak perempuannya, Mhia.

 

Terbuka

Ditayangkan sewaktu pandemik Covid-19 masih berlanjutan, Nam Ron yang menjayakan watak pemburu memilih untuk bersikap terbuka andai ditakdirkan filem Roh tidak mendapat sambutan di pawagam.

Katanya, pihak penerbitan juga tidak meletakkan sebarang tanda aras bagi kutipan di pawagam kerana menyedari bajet yang dikeluarkan juga rendah,

“Bajet filem Roh memang rendah tetapi percayalah, kualitinya terbaik dan bertaraf antarabangsa.

“Katakanlah Roh tidak mendapat sambutan di Malaysia, tetapi filem ini sudah membuat kemunculan di Far East Film Festival, Udine, Itali dan mendapat respons yang baik. Itu sudah cukup membanggakan kami,” katanya.

Roh yang sepatutnya ditayangkan pada Mac lalu kini menemui penonton di pawagam tempatan bermula 5 Ogos.

Seperkara menarik, karya ini juga menjadi satu-satunya filem cereka Malaysia yang dipilih untuk menyertai Festival Filem Antarabangsa Singapura 2019 dan Festival Filem Asia Jogja-NETPAC 2019.

Filem Roh kini menemui penonton di pawagam.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI