fbpx

JPJ Melaka kutip RM29,000 dalam dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menunggu giliran untuk urusan pembayaran saman dengan diskaun 70 peratus yang ditawarkan di Cawangan Bukit Katil di sini hari ini.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka berjaya mengutip sebanyak RM29,000 jumlah pembayaran saman dalam masa dua hari sempena program diskaun 70 peratus yang berlangsung selama sebulan.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Sharif berkata, jumlah itu melibatkan pembayaran yang dibuat seramai 360 orang di tiga kaunter pembayaran di Cawangan Bukit Katil, Jasin dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka.

“Seramai 270 orang telah membuat pembayaran di kaunter di Bukit Katil manakala 60 di Jasin dan 30 di UTC Melaka.

“Tawaran ini diberikan kepada semua saman-saman yang boleh dikompaun termasuklah kes-kes yang masih dalam tindakan senarai hitam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, jenis saman yang layak mendapat diskaun 70 peratus ini termasuklah saman AES/AWAS, kompaun Op Musim Perayaan, tidak memakai topi keledar, tidak mematuhi isyarat lalu lintas dan pemakaian tali pinggang keledar.

Selain itu saman menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong garisan berkembar dan saman-saman dikeluarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat juga layak mendapakan diskaun berkenaan.

Jelasnya lagi, mana-mana kes mahkamah bagaimanapun tidak termasuk dalam pengurangan saman 70 peratus itu.

“Orang ramai boleh membuat pembayaran di kaunter cawangan Bukit Katil dan Jasin bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang, manakala UTC Melaka bermula pukul 8 pagi hingga 9 malam.

“Bagi mereka yang mempunyai ID bagi sistem dalam talian mySIKAP, pembayaran boleh dibuat atas talian melalui kaedah epayment cashless society,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong pada 28 Julai lalu mengumumkan semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan JPJ dan SPAD akan diberikan diskaun pembayaran sebanyak 70 peratus
sempena bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI