fbpx

Wanita warga emas maut dipukul anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inilah lokasi seorang wanita warga emas ditemui maut akibat dipukul anak lelakinya Jummat lalu

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas maut akibat dipukul anak lelakinya dalam kejadian di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang Utara di sini Jumaat lalu.

Mangsa berusia 70-an itu ditemui anak saudaranya pada pukul 7.30 malam dalam keadaan berlumuran darah sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmorgamorty Chinniah berkata, sebaik tiba di lokasi pihak polis mendapati mangsa berada dalam keadaan kaku di atas sofa.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek balik ke rumah dan mengejutkan mangsa yang sedang tidur di dalam biliknya.

“Difahamkan berlaku pergaduhan antara suspek dan ibunya sebelum dia memukul wanita itu menggunakan objek keras.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas mangsa mendapati ada kesan kecederaan pada kepala, kaki, tangan selain matanya bengkak,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya lagi, hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif ganja dan heroin.

“Suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau itu kini direman sehingga 15 Ogos depan bagi membantu siasatan.

“Mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Kuala Lumpur semalam dan kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI