fbpx
Enam pemuzik hip hop yang membentuk single Playaz.

Playaz, gabungan enam pengkarya  hip hop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUZIK dan fesyen sentiasa seiring. Kedua-duanya merupakan penyataan artistik yang melambangkan ideologi, kesenian, kreativiti, dan keperibadian.

Dari dulu hingga kini, fesyen sentiasa mempengaruhi muzik dan muzik juga mempengaruhi fesyen. Begitu juga dengan muzik hip hop, genre berkenaan bukan sekadar hiburan, tetapi  suatu bentuk ekspresi diri dan fesyen digunakan salah satu cara untuk mengekspresi diri. 

Genre hip hop  sangat berpengaruh dalam membentuk sub-budaya lengkap berkenaan fesyen yang menjadi ikutan ramai seluruh dunia. Tidak ketinggalan juga dengan hip hop tempatan, penggiat seni hip hop tempatan mempunyai gaya dan citarasa tersendiri dalam ekspresi  muzik dan fesyen mereka. 

Kini, hubungan dinamik antara muzik dan fesyen ini bakal diterjemahkan menerusi lagu berjudul Playaz, sebuah projek khas yang melibatkan enam orang penyanyi rap tempatan berkolaborasi dengan jenama fesyen urban streetwear tempatan, Playaz.

 

Penyanyi rap yang bergabung dalam Playaz, Benzooloo, Siqma, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta dan YonnyBoii.

 

Playaz dipersembahkan oleh Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta dan YonnyBoii yang turut bertindak sebagai komposer bersama lagu ini.

Lagu ini dihasilkan sempena meraikan ulang tahun ke-19 jenama Playaz yang sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2001 lagi. 

Mengulas tentang lagu ini, rapper dan penerbit Luca Sicta berkata:  

Lagu ini menampilkan rap berat yang menceritakan tentang semangat jenama Playa sepanjang 19 tahun wujud dalam arena hip hop Malaysia. 

Berbeza dengan karya-karya terbitan dan adunan saya sebelum ini, menerusi lagu ini saya cuba bereksperimentasi ke arah rentak urban trap beat. Semestinya lagu ini menjanjikan kelainan apabila enam penyanyi bergabung dalam satu lagu dengan gaya masing-masing yang tersendiri.”

Dimulakan oleh pengasasnya usahawan Moiz Ali, jenama Playaz telah mewarnai arena hip hop tempatan sejak 19 tahun yang lalu dengan menawarkan pelbagai jenis fesyen jalanan atau gaya kasual yang melambangkan gaya estetika  rentak sebegitu.

 Jenama yang dibina ketika arena Hip Hop tempatan sedang berkembang pesat, Playaz cuba memenuhi permintaan pasaran bagi fesyen sub-budaya remaja dengan menyediakan produk yang menawarkan gaya mudah, berkualiti tinggi dan mengikut trend terkini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama Playaz dan produk yang ditawarkan, sila layari laman web http://playaz/my.

Single terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati sekarang di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music.

 

BERITA BERKAITAN