fbpx

FAM: Kelantan dipotong tiga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DERITA pasukan Kelantan semakin parah apabila skuad jolokan TRW itu dihukum pemotongan tiga mata pada saingan Liga Premier musim ini.

KEGAGALAN Kelantan melunaskan baki tunggakan gaji pemain dan pegawai dalam tempoh ditetapkan menerima padah apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjatuhkan hukuman pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Premier musim ini.

Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan oleh Mohd. Nasir Mohd. Sharif secara te­lesidang bersama ahli-ahli jawatankuasa yang lain semalam.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, Persatuan Bola Sepak Kelantan sudah sedia maklum mengenai hukuman itu selepas pihaknya melanjutkan tempoh sehingga 30 Julai lalu.

“Kelantan telah diberikan tarikh akhir bayaran ketiga pada 30 April lalu untuk menyelesaikan tunggakan. Setelah mengambil kira situasi semasa Covid-19, tempoh masa dilanjutkan sehingga 30 Julai lalu.

“Kelantan telah menghantar surat kepada FAM me­minta kelonggaran dan lanjutan masa sehingga tamat musim ini. Bagaimanapun, FIB Pelesenan Kelab FAM kekal dengan tarikh akhir seperti ditetapkan dalam surat dan peringatan sebelum ini.

“Oleh itu, Kelantan didapati gagal menghormati jadual pembayaran yang telah dipersetujui dan hukuman pemotongan tiga mata untuk saingan Liga Premier 2020,” katanya dalam satu kenya­taan rasmi semalam.

FAM akan memaklumkan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi pelaksanaan pemotongan tiga mata Kelantan untuk saingan Liga Premier.

Pemotongan tiga mata itu menyaksikan Kelantan kini ha­nya mempunyai satu mata dan jatuh ke kelompok tiga tercorot Liga Premier.

Jika Kelantan gagal melunaskan tunggakan gaji sehingga tarikh akhir 31 Ogos ini, The Red Warriors (TRW) tidak akan mendapat lesen bertanding dalam saingan Liga Malaysia 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI