fbpx

Saya dan isteri baik-baik saja – Shuk Sahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuk memberi gambaran kondisi hubungannya dengan isteri tidak berantakan seperti yang digembar-gemburkan dalam internet.

KUALA LUMPUR – Penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar menjelaskan hubungannya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah dalam keadaan baik meskipun baru-baru ini terpalit dengan kontroversi curang.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, memuat naik video menerusi InstaStory malam tadi memberi gambaran kondisi hubungannya dengan isteri tidak berantakan seperti yang digembar-gemburkan dalam internet.

 

“Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf lambat beri ucapan.

“Cuma nak beritahu Shuk dan isteri Alhamdulillah tiada apa-apa (masalah). Insya-Allah kalau ada masa yang sesuai, nanti Shuk akan bercakap,” katanya.

Menerusi perkongsian video itu, Shuk dilihat merangkul mesra isterinya seolah-olah memberi bayangan kepada orang ramai bahawa hubungan mereka tidak tercalar dek kontroversi yang menjadi buah mulut netizen baru-baru ini.

Terdahulu, Shuk didakwa berlaku curang dengan seorang wanita bernama Fara Salleh apabila seorang pengguna Twitter membongkar hubungan mereka kepada umum.

Keadaan menjadi semakin buruk selepas beberapa keping gambar mesra Shuk dan wanita tular.

Bagaimanapun, difahamkan isteri Shuk sendiri sedar tentang kecurangan suaminya dan pernah berbincang secara baik dengan wanita itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI