fbpx

Penduduk gempar dengar lapan das tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek cuba melarikan diri dari ditangkap polis

Oleh IVAN AMIRUL

TAWAU – Bunyi beberapa das tembakan menggemparkan penduduk kampung atas air di Kampung Hidayat, Batu 4 semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, kejadian difahamkan membabitkan seorang suspek lelaki berusia 20-an yang ditembak pihak lain dipercayai polis.

Menerusi video langsung laman sosial Facebook yang berdurasi lapan minit 52 saat berkenaan terdengar lapan das tembakan dilepas ke arah seorang lelaki yang berada di bawah sebuah rumah di perkampungan atas air.

Dalam video sama, saksi turut mendakwa terdengar satu das tembakan sebelum bertindak keluar dari rumah untuk melihat kejadian itu.

Seorang lelaki dipercayai anggota polis mengarahkan suspek segera naik ke atas sekiranya enggan ditembak.

Bagaimanapun, empat das tembakan dilepaskan selang beberapa minit kemudian sebelum suspek bertindak melarikan diri.

Menyertai cubaan suspek melarikan diri, polis melepas empat das lagi tembakan namun lelaki itu bergerak dalam keadaan bertiarap sebelum menghilangkan diri.

Terdapat saksi dalam rakaman video itu mendakwa suspek mengalami kecederaan mungkin disebabkan terkena tembakan selepas ternampak kesan cedera pada bahagian belakang badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Berdasarkan laporan diterima, suspek dipercayai bergiat aktif dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Serbuan dilakukan di lokasi kejadian tetapi suspek bertindak melarikan diri dengan terjun ke kawasan lumpur sebelum bersembunyi ke bawah rumah penduduk.

“Tembakan dilepaskan bagi memberi amaran kepada suspek namun lelaki itu nekad melarikan diri.

“Kami masih melakukan siasatan terperinci sehingga kini berkaitan kejadian terbabit,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI