fbpx
SALAH seorang pemain e-Sukan negara, Khairil Anuar yang dikenali sebagai klasiko_elnino meraikan kejayaan Malaysia menewaskan UAE 2-0 pada aksi final VPG Piala Asia 2020 malam kelmarin.

Malaysia layak ke Piala Dunia 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Skuad FIFA Pro Clubs negara cipta kejutan muncul juara VPG Piala Asia

PENGURUS skuad Malaysia, Amirul Ashraf Hassan Nordin menyifatkan taraf pemain-pemain negara sudah mampu mencabar kuasa-kuasa besar dunia dalam permainan video FIFA Pro Clubs selepas berjaya menjuarai Virtual Pro Gaming (VPG) Piala Asia 2020.

Kejayaan Malaysia menjuarai VPG Piala Asia 2020 dengan menewaskan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 2-0 secara agregat malam kelmarin menyaksikan skuad FIFA Pro Clubs negara layak automatik ke VPG Piala Dunia 2021.

Justeru, Amirul yang turut berperanan sebagai pemain dengan nama Ryvox5215 percaya Malaysia mampu mara sekurang-kurangnya sebagai lapan pasukan terbaik pada Piala Dunia 2021, Januari tahun depan.

“Arab Saudi adalah pasukan yang boleh menjadi juara dunia tetapi kita berjaya kalahkan mereka di peringkat separuh akhir. Kurdistan pula adalah juara Piala Dunia 2020 tetapi mereka tewas kepada UAE.

“Negara-negara yang kita menang pada Piala Asia adalah pasukan-pasukan hebat di dunia untuk permainan FIFA. Ia membuktikan pemain kita sebenarnya sudah mampu mencapai tahap mereka dan berpeluang mencabar pada Piala Dunia nanti.

“Saya percaya negara-negara lain tidak akan memandang rendah Malaysia pada Piala Dunia nanti. Sasaran saya sekurang-kurangnya kami muncul sebagai lapan pasukan terbaik di dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

 

MUHAMMAD Husnain Hakim Norzamri atau xbucky-10 fokus ketika membantu skuad negara menewaskan UAE secara agregat 2-0 pada aksi final VPG Piala Asia 2020 malam kelmarin.

 

Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas UAE sewaktu final pertama menerusi dua gol daripada Muhammad Imran Burhanudeen (Imran Deen) dan Muhammad Zaqwan Saidan (zqwan) sebelum seri tanpa jari­ngan pada final kedua.

Skuad negara mara ke final selepas mengungguli saingan Kumpulan 3 yang turut dibarisi Oman, Bangladesh dan Myanmar sebelum menewaskan Brunei serta Arab Saudi di peringkat kalah mati dalam kejohanan yang diadakan secara online itu.

FIFA Pro Clubs adalah permainan video FIFA membabitkan 11 individu yang mengawal pemain di posisi pilihan masing-masing sama seperti bola sepak sebenar tetapi bezanya dimainkan secara online. – K! ONLINE

BERITA BERKAITAN