fbpx

Lelaki ambil tebusan, ugut letupkan bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNIT khas polis bersiap sedia memasuki sebuah bank di Kiev hari ini. - AFP

KIEV, UKRAINE – Seorang lelaki menawan seorang tebusan dan mengugut  akan meletupkan bahan letupan di sebuah pusat perniagaan di ibu kota Ukraine, Kiev hari ini, kata kementerian dalam negeri.

Lelaki membawa beg sandang itu masuk ke dalam sebuah bank di Pusat Perniagaan Leonardo,  tengah Kiev. 

“Dia mendakwa membawa bom,” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Anton Gerashchenko.

Katanya, lelaki itu menuntut untuk menelefon polis tetapi membenarkan pekerja-pekerja  bank meninggalkan bangunan tersebut.

“Menurut  maklumat awal, seorang wanita yang merupakan ketua cawangan bank tersebut memilih untuk berada di dalam premis itu,” tambahnya kepada agensi berita AFP melalui wawancara telefon.

Pihak berkuasa masih berunding dengan lelaki itu dan mendesaknya menyerah diri.

Pada bulan lalu,  seorang lelaki bersenjata yang  membawa bahan letupan, menjadikan 13 penumpang sebuah bas di bandar Lutsk, barat Ukraine sebagai tebusan.

Polis membebaskan kesemua penumpang dan menangkap penyerang selepas drama tebusan itu berlarutan selama 12 jam dan berakhir setelah Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bersetuju memenuhi tuntutan penyerang supaya memuat naik cadangannya mengenai filem di media sosial. – AFP

 

                

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN