fbpx

[VIDEO] Plaza Tol Juru sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Plaza Tol Juru di sini mula mengalami kesesakan ke arah Selatan tengah hari ini apabila orang ramai dari negeri ini, Kedah dan Perlis mula pulang ke ibu kota selepas menyambut Hari Raya Aidiladha.

Tinjauan Kosmo! sebentar tadi mendapati kenderaan bergerak perlahan dan mengalami kesesakan kira-kira 20 kilometer dari Bertam di Kepala Batas di sini sehingga ke plaza tol berkenaan.

Menurut jurucakap Projek Lebuhraya Utara-Selatan, kira-kira 12,000 kenderaan melalui plaza tol itu menuju ke selatan dalam tempoh enam jam sehingga pukul 12 tengah hari tadi berbanding 5,000 kenderaan di laluan bertentangan.

“Kenderaan dijangka lebih banyak menjelang petang dan malam,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Video oleh AMIR IRSYAD OMAR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI