fbpx

Dua wanita maut dirempuh kereta dipandu pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat dua wanita Indonesia yang meninggal dunia di lokasi kejadian.

NOR AZIHAN MD GHAZALI

SHAH ALAM – Dua wanita warga Indonesia maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pelajar di Lorong Mughni, Jalan Kebun di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.20 malam itu, kedua-dua mangsa yang berumur sekitar 45 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha Ego membelok memasuki simpang kiri jalan tersebut.

“Sebuah kereta yang dipandu pelajar lelaki berusia 18 tahun dipercayai gagal mengelak lalu merempuh bahagian hadapan motosikal yang dinaiki mangsa.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Jelas beliau, mayat kedua-dua mangsa di hantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI